Monday, December 27, 2010

MENJELANG TAHUN 2011

assalamualaikum...

Apa khabar semua?.lama betul saya tak menulis dalam blog ni, maklumlah dengan pelbagai tugas menjadikan masa sentiasa tidak mencukupi. Tak mengapa, saya baru sahaja selesai menulis untuk Research. Jam menunjukkan hampir 3:27 pagi. Sebelum melelapkan mata eloklah jika saya menulis sedikit dalam blog ini mengenai menjelang tahun 2011.

Tahun 2010, banyak betul perkara yang berlaku . Dari senyum, tawa dan tangis, semuanya memberikan sepenuh pengajaran yang amat bermakna dalam kehidupan. Tahun 2010 ini juga merupakan tahun dugaan kepada diri saya. Tetapi alhamdullilah semua dugaan itu dapat ditempuhi dengan berkat kesabaran dan doa yang tidak pernah putus. Tahun 2010 ini juga merupakan tahun yang mengukir banyak pengalaman yang manis dan kisah kejayaan yang sama sekali tidak terjangka dan tidak dirancang. Pendekata, hampir 70% perancangan tahun 2010 ini mencapai targetnya. Dan yang paling manis apabila saya berjaya "Develop" dan "Design" kursus fotografi Forensik dimana proses pembelajarannya akan bermula pada awal tahun hadapan. Surat perlantikan daripada fakulti sudah saya terima pagi tadi.

Jika ditanya apakah "target" tahun 2011 ini?. Secara jujurnya saya masih lagi belum merancang apa-apa. Sebab apa?. dalam beberapa hari sebelum berakhirnya bulan 12 ini dan menginjak tahun baru 2011, saya masih dalam mood cuti. Insyaallah dalah tempoh terdekat saya akan melakukan perancangan seperti kebiasaan yang saya lakukan setiap akhir tahun. Menulis, Merancang dan menampal di dinding Target tahun 2011 saya.

Menjelang tahun 2011 ini bermakna umur saya semakin bertambah. Sudah mencapai usia 31 tahun. Mungkin dengan peningkatan usia ini saya perlu mempersiapkan diri saya dengan kematangan. Matang penting dalam kehidupan seorang lelaki...hehe. Tetapi biarlah kematangan ini disulami dengan pemikiran yang terbuka dan janganlah dibiarkan ego yang menguasai diri. Ego merupakan penyakit jiwa yang amat berbahaya kerana jika tidak dibendung akan menjadi barah atau bom jangka yang boleh meletup. Tetapi ego perlu juga untuk memupuk sifat ketegasan dan daya kepimpinan. Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan kenyataan ini tetapi setiap manusia mempunyai pandangan dan pendapatnya yang tersendiri.Secara ringkasnya, hendak memuaskan hati semua orang memang susah, jadilah diri sendiri dan jangan sesekali hidup dibayangi oleh seseorang.

Mata semakin berat, Otak semakin penat, rasanya eloklah dilabuhkan badan ini untuk berehat. Insyaallah, saya sedaya upaya akan sentiasa mengemaskini Blog saya dari masa kesemasa. Seronok juga bila berjinak-jinak dalam dunia penulisan blog ini. Banyak rasanya boleh dikongsi dengan pembaca semua. Akhirkata hiasilah peribadi dan sentiasa berfikiran positif. Insyaallah kehidupan anda akan menjadi lebih tenang serta bermakna. Akhirkata salam sayang dari Nadzri Sharif untuk semua.

Wassalam
Seri Kelemak 3;41 Pagi