Wednesday, September 18, 2013

BIASISWA SLAB

Assalamualaikum

Baru sahaja menulis untuk mengemaskini Bab 3 saya. Jam menunjukkan 2.36 pagi. Mata masih belum mengantuk. Kali ini saya hendak ceritakan kepada kawan 2 semua mengenai beberapa maklumat mengenai Biasiswa SLAB (Skim Latihan Akademik Bumiputera) dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Skim ini adalah khusus kepada pensyarah atau ahli akademik yang ingin melanjutkan pengajian pada peringkat Phd sama ada dalam atau luar negara. Saya akan berkongsi dan kepada rakan-rakan semua info penting mengenai biasiswa ini. 

Apa kelebihan skim ini?. Skim ini merupakan satu kemudahan cuti belajar bergaji penuh kepada pensyarah. Maksudnya, seseorang pensyarah itu akan diberikan kemudahan cuti belajar dengan gaji penuh tetap berjalan. Seniority pensyarah juga tetap diambil kira dan menerima beberapa elaun tambahan sepanjang pengajian seperti Elaun Sara Hidup (RM900.00) sebulan. Elaun Perkakas (RM 900.00) Setahun dan Elaun Buku (RM 825.00) Setahun. Sekiranya pegawai (Pensyarah) berpindah, elaun penempatan akan diberikan. Lagi satu keistimewaan, bagi calon dalam negara, anda akan ditanggung sepenuhnya untuk membuat pembentangan dan menghadiri conference di luar negara. (Tetapi tawaran ini hanya sekali sahaja sepanjang pengajian). Memang untungkan?. Tetapi jika tak dapat habiskan Phd pula, anda akan dikenakan penalti. Anda juga akan terikat kontrak dengan IPTA atau majikan anda selama 7 tahun.Kepada rakan-rakan yang sememangnya pemegang biasiswa ini. Bolehlah check ledger anda disini. https://payloan.mohe.gov.my/ledger/index.php

  

SEMINAR PENGAJIAN MELAYU 2013 (29 OGOS 2013)

Assalamualaikum

Alhamdullilah, baru sebentar tadi pada 29 Ogos 2013 (Khamis) di Universiti Malaya, Saya bersama rakan saya yang lain telah menghadiri Seminar Antarabangsa Pengajian Melayu. Alhamdullilah dan tahniah kepada sahabat saya Puan Liza Marziana yang baru sahaja membentangkan kertas kerja yang bertajuk IDENTIIFIKASI  IMEJ SENI TRADISI MELAYU DALAM SENI CATAN WANITA MELAYU . Insyaallah, dalam masa yang terdekat, bolehlah saya akan uploadkan di dalam blog saya ini untuk tujuan perkongsian atau boleh upload di Academia.edu..taipkan nama saya. Di dalam itu terdapat banyak abstrak yang saya kongsikan dengan anda. Jika anda memerlukan kertas kerja penuh, bolehlah emailkan kepada saya petrauitm@gmail.com. Saya sertakan beberapa keping gambar untuk dikongsikan bersama-sama rakan sekelian. 

Banyak kertas kerja yang bagus untuk tujuan penyelidikan telah dibentangkan. Ucapan tahniah kepada Jawatankuasa Seminar di Universiti Malaya di atas pengajuran tersebut. Insyaallah, bertemu kita tahun hadapan. Tahun 2014





SEMINAR ANTARABANGSA PENGAJIAN MELAYU 2013 (30 OGOS 2013)

Assalamualaikum Semua,

Today i just want to share with you, some pictures of the 2013 International Seminar on Malay Studies. Yesterday August 30, 2013, I have completed this presentation at 11.00 am in Meeting Room ,Academy of Malay Studies, UM. I have asked to Mr Meor Hasmadi, present this paper. Thank you allah , he presented a paper entitled "FOTOGRAFI SEBAGAI MEDIUM DOKUMENTASI WARISAN  MASJID LAMA MELAYU MELAKA "it is so good and perfect .I have received good feedback. To those of you who want to see the abstract can be surf in Academia.Edu, just type my name "Nadzri MOHD SHARIF". For those who need a full paper for the purpose of research, I strongly welcome. You can also to e mail Petrauitm@gmail.com may .I would help you. ( Amboi, sekadar suka-suka menulis dalam bahasa inggeris, kalau salah jangan marah)

Insyaallah, saya akan menambah lagi isi kandungan kertas kerja tersebut serta melaksanakan lagi penyelidikan terhadap 7 masjid lama Melaka untuk tatapan anda pada Seminar Kebangsaan Ke 2 Arkeologi , Sejarah dan Budaya Alam Melayu yang dijadualkan akan berlangsung pada 26 Hingga 27 November 2013 di Institut Alam dan Tamadun Melayu, Di UKM Malaysia. 







Monday, January 23, 2012

FOTOGRAFI: ADAKAH SEKADAR HOBI ATAU KEPERLUAN

Assalamualaikum

Bertemu lagi kita, pada hari ini saya ingin membincangkan kepada anda mengenai FOTOGRAFI: ADAKAH SEKADAR HOBI ATAU KEPERLUAN. Dunia kini semakin maju dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat. Jika dahulu fotografi hanya dimiliki oleh golongan bangsawan dan proses untuk memiliki, mencetak dan mengambil gambar amat mahal. Selalunya fotografi pada zaman itu hanya berfungsi untuk mengambil gambar architechture atau gambar portraiture. ketika itu, fotografi merupakan satu medium yang menunjukkan status seseorang dan hanya mereka yang mempunyai kemampuan dari segi kewangan mampu memilikinya.Sebenarnya sejarah fotografi bermula dari seorang sarjana islam yang digelar Al Hazem yang telah mengkaji mengenai Optik. Naskah kajian itu telah ditemui oleh Joseph Nicephore Niepce yang telah berjaya mencipta teori baru dari kajian tersebut. Teori beliau ialah cahaya boleh menghasilkan imej. Terhasilah "Pin Hole Camera". Beliau juga merupakan orang pertama di dunia yang menghasilkan gambar dan mengekalkan imej gambar tersebut . (Sejarah Fotografi saya akan kupas pada entry yang akan datang).



Tetapi kini, fotografi menjadi satu bidang yang amat popular. Kita sewajarnya berterima kasih dengan bapa fotografi moden iaitu George Eastmen (Pengasas Kodak) yang telah berjaya mengembangkan bidang ini. Strategi perniagaan beliau amat bijak, dengan mengambil moto "You Press The Button, We Do The Rest" menjadi satu ungkapan yang amat popular pada ketika itu. Mana tidaknya, daripada sebuah kotak yang besar dan proses mencetak imej terlalu rumit dapat dimudahkan dengan hanya kotak kecil yang telah tersedia filem didalamnya. Pelanggan cuma mengambil gambar yang dikehendaki, menyerahkan kembali kepada kedai gambar untuk diproses dan dicetak. Pelanggan kemudiannya diberikan kembali kotak kecil itu beserta filem baru di dalamnya. Ketika itu bidang fotografi amat berkembang pesat. Jika tidak kerana inovasi George Eastmen, saya percaya bidang fotografi masih lagi tidak berkembang.



Berbalik kepada persoalan saya tadi, saya kini merasakan bidang fotografi bukan sekadar hobi, ianya menjadi satu keperluan dalam kehidupan. Dengan lambakan kamera digital dari pelbagai jenama yang menawarkan harga yang murah dapat menyaksikan senario kegilaan foto semakin menular pada seluruh masyarakat kita pada hari ini. Sebenarnya perkembangan bidang fotografi di Malaysia agak sedikit lambat jika ingin dibandingan dengan negara-negara lain seperti USA dan eropah. Disana, bidang fotografi menjadi satu kerjaya profesional yang menjanjikan pendapatan yang lumayan.

Kita boleh melihat ramai yang membawa kamera dimana sahaja. Agak lucu juga apabila melihat ada diantara kita membawa kamera DSLR umpama membawa beg tangan. Sebenarnya membawa kamera DSLR dengan tanpa beg yang bersesuaian akan mendedahkan kamera kita kepada kerosakan. Ramai yang tidak memahami tatacara penyimpanan kamera yang betul bagi memelihara segala komponen kamera DSLR yang sememangnya amat sensitif kepada gegaran dan suhu. (SAYA AKAN BERKONGSI TIPS PENYIMPANAN KAMERA YANG BETUL PADA ENTRY YANG AKAN DATANG.

Kumpulan (Group) Fotografi semakin banyak tumbuh umpama cendawan. Saya amat gembira dengan perkembangan ini yang menandakan masyarakat kita sudah mula menerima bidang ini. Saya tidak kisah apa ideologi yang mereka bawa. Kerana setiap dari jurufoto mempunyai skil yang berbeza-beza. Ianya terlalu subjektif. Kita tidak boleh mengukur kecantikan sesuatu gambar itu hanya melalui pandangan mata, tetapi boleh menimba ilmu dengan berkongsi pengalaman dan skil foto. Untuk menjadi seorang jurufoto yang baik hendaklah sentiasa melatih dan mempunyai pengetahuan mengenai teknikal yang betul. Terlalu ramai yang mengelarkan diri mereka profesional. Tetapi istilah profesional ini sebenarnya tiada siapa yang mengiktirafnya. Kita tidak mempunyai satu badan yang mengiktiraf jurugambar profesional ini. Semuanya bergantung sekiranya seseorang jurugambar itu mempunyai portfolio yang hebat kerana mempunyai client yang berprofile tinggi dan projek yang mencecah ribuan puluh ringgit.

Cuma yang menyedihkan saya, ada jugak jurugambar yang telah merosakkan industri fotografi. Mereka tidak memahami bagaimana satu urusniaga ini dijalankan. Untuk menjadi seorang jurugambar pada dasarnya amat mudah, sedikit pengetahuan tentang fotografi, membeli kamera DSLR tidak mengira jenisnya.Ada sedikit jenis-jenis lens dan memiliki speed light. Semuanya sudah cukup menjadikan anda seorang jurugambar. Tidak ada masalahnya sekiranya mereka menjalankan urusniaga yang betul. tetapi ada diantara mereka menawarkan harga yang terlalu murah, lebih2 lagi pakej gambar perkahwinan.Cuba bayangkan bagaimana nasib jurugambar yang lain yang terpaksa bekerja mengikut pasaran yang telah diaturkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.Saya merasakan masyarakat belum memahami kualiti gambar dan meletakkan harga mengikut kualiti ganbar sebagai ukuran .

Bidang Fotografi sebenarnya merupakan satu medium komunikasi yang paling berkuasa. Percaya atau tidak hanya sekeping gambar boleh menentukan jatuh atau bangunnya ahli politik dan orang ternama. Hanya sekeping gambar boleh menceritakan apa sahaja . Itulah kuasanya sekeping gambar. Sesuatu berita itu tidak lengkap jika tiada gambar. Sesuatu kes tersebut menjadi pincang jika tiada gambar. Pendekkata, gambar amat membantu dan menjadi satu medium komunikasi yang paling berkesan.

Dengan harga yang murah dan berpatutan, saya merasakan ramai antara kita mampu memiliki kamera. Bagi saya semua orang suka gambarnya dirakamkan atau merakamkan gambar. Jika dahulu gambar adalah sebagai satu memori atau hobi, tetapi kini ianya menjadi satu dokumen penyiasatan yang penting bagi bidang fotografi forensik, mengaut keuntunggan berjuta-juta ringgit dalam bidang fotografi pengiklanan, merakamkan sejarah dan monumen penting negara, satu medium pengajaran dan pembelajaran dan sebagai satu dokumentasi pelbagai peristiwa suka duka, gelak tangis dalam bidang photojournalism. Semuanya bukti yang menunjukkan bahawa fotografi bukan sekadar hobi tetapi merupakan satu keperluan pada masa kini.

Perjalananku Sebagai Seorang Pensyarah

Assalamualaikum W.B.T

Sedar tak sedar tahun 2012 kini mengantikan 2011. Rasanya masih belum terlambat lagi ingin mengucapkan Salam Tahun 2012 kepada semua. Saya sendiri pun tak sedar bahawa sudah hampir 1 tahun saya meninggalkan penulisan blog ini. Rasanya macam terlalu lama tidak menulis. Dalam tempoh setahun ini pelbagai perkara yang sudah berlaku. dari sedih kepada tawa semuanya akan terpahat dalam memori. Harapan saya tahun 2012 ini adalah sebagai tahun kebangkitan saya. Pelbagai perancangan telah dibuat memenuhi jadual saya pada tahun ini. Salah satu daripadanya adalah untuk aktif dalam penulisan blog. Insyaallah bermula tahun ini saya akan menulis pelbagai info,tips dan berkongsi kepakaran saya dalam bidang fotografi dan forensik fotografi. Dengan sokongan semua followers yang ada, insyaallah semuanya membakar semangat saya untuk sentiasa mengemaskini blog saya ini.



Sebenarnya pada entry kali ini saya ingin berkongsi kepada semua berkenaan perjalanan kerjaya saya sebagai seorang pensyarah. Kenapa saya ingin berkongsi kepada anda semua?. Secara tidak sedar secara rasminya pada 8 Februari 2012 sudah genap 5 tahun saya mencurahkan bakti sebagai seorang Pensyarah di UiTM. Tempatnya masih di UITM Cawangan Melaka. Bukan mudah sebenarnya saya ingin membiasakan diri dan sama-sama bersaing dalam kerjaya ini. Semuanya memerlukan tuntutan lebih usaha, memerlukan kesabaran yang tinggi, komited dan perlu menguruskan masa dengan sebaiknya. Kerjaya ini tidak semudah seperti yang disangka, kerana ramai diluar sana beranggapan kerjaya sebagai seorang pensyarah ini hanya memberikan kuliah, memeriksa assigment pelajar dan memberikan konsultansi. Sebenarnya ianya lebih dari tu. Tidak ramai yang mengetahui kerjaya sebagai seorang Pensyarah perlu untuk melaksanakan penyelidikan, menulis buku, membentang kertas kerja,konsultansi, jaringan industri, pembinaan inovasi dan melaksanakan khidmat masyarakat. Sememangnya jika dilihat kepada beban tugas ini , semua akan terkejut. Ini bermakna menjadi seorang pensyarah bukan sahaja memerlukan anda mempunyai sijil sarjana sahaja, tetapi kemampuan fizikal dan mental menjadi syarat utama.

Alhamdulillah, selama 5 tahun ini, saya sudah boleh membiasakan diri dengan kerjaya ini. Kesibukan memang tidak dapat dielakkan. Tetapi saya mampu tersenyum puas kerana apa yang dirancang selama ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Saya memang benar-benar lega apabila buku hasil tulisan bersama saya dengan Y.Bhg Datuk Prof Madya Dr Mizan b HJ HItam yang bertajuk " PEMBANGUNAN MELAKA MERENTASI ABAD: WARISAN DARI KESULTANAN MELAYU MELAKA KE MENARA TAMINGSARI" sudah berjaya disiapkan dan diserahkan dengan pihak Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kini saya sedang menumpukan penulisan buku yang seterusnya iaitu mengumpulkan gambar masjid-masjid melaka dan menulis buku tips mudah belajar fotografi dalam bahasa melayu. Disamping itu saya sedang mengemaskini nota-nota fotografi forensik yang akan dibukukan.

Dalam bidang akademik pula, saya berasa cukup puas apabila subjek Fotografi Forensik (PCT556) telah berjaya di adakan dan menjadi salah satu subjek dalam Sarjana Muda Fotografi Pengimejan Kreatif (AD227). Subjek ini telah dilaksanakan dan mendapat respond yang baik dari pelajar. Saya kini sedang sibuk menyiapkan dan megkoordinasi silibus Sarjana Muda Photojournalism yang akan ditawarkan di UiTM Cawangan Melaka yang dijangkakan akan berlaku pada bulan Mac 2013. Saya juga sudah menyiapkan silibus Minor Fotografi Forensik yang akan ditawarkan bersama dengan silibus baru ini. Sememangnya ianya menjadi satu kepuasan dalam kerjaya saya apabila melihat hasil penat lelah dan usaha telah membuahkan hasil. Memang penat, tetapi semuanya telah terubat.

Bercakap dalam soal politik kerja pula, macam biasalah, mana ada tempat yang tidak mempunyai politiknya. Cuma saya perlu sentiasa menjaga diri saya. Tahun 2011 paling banyak dugaan yang berlaku dalam hidup saya. Ketika saya sedang struggle merancang salah satu program besar UiTM ( Tidak perlu saya sebutkan program apa), ayah saya dimasukkan ke dalam wad kerana penyakit jantung. Mujurlah saya mempunyai rakan-rakan yang sentiasa menyokong saya . Tapi dalam sokongan tersebut, ada pula yang mencari jalan menyalahkan saya dalam banyak perkara sehingga mempersoalkan keikhlasan saya memberikan ucapan terima kasih menjadi isu yang tidak sepatutnya berlaku. Saya benar-benar hairan, bagaimana orang yang saya rasakan mempunyai akademik yang tinggi berfikiran sedemikian(Tidak matang dan hanya menurut emosi). Mempersoalkan kredibiliti dan keikhlasan saya sedangkan semuanya adalah kerja allah. Ikhlas atau tidak hanya allah sahaja maha mengetahui. Memang benar kata orang, buat baik berpada-pada, jangan lah percaya sepenuhya pada mereka yang bermulut manis. Hendaklah sentiasa meneliti kerja dari masa ke semasa. Kesan dari masalah ini saya akui,saya agak terjejas sedikit emosi saya, tetapi semuanya dapat diatasi hasil daripada sifat sabar.Banyak perkara telah saya pelajari sekiranya satu masa nanti saya akan menjadi seorang ketua. Membuat pertimbangkan bukan dari emosi, tetapi dari akan fikiran. Semakin tinggi kedudukan , semakin tunduk beisi, sentiasa bermuhasabah diri.

Jika hendak berkongsi misi untuk tahun ini,Insyallah , pada tahun ini saya akan memulakan pengajian peringkat Doktor Falsafah dalam bidang visual forensik. Tempat belum ditetapkan lagi, tetapi saya sudah menyertai interview yang dilaksanakan di FSSR UiTM Shah Alam baru-baru ini. Banyak maklumbalas yang saya telah terima dari senior lecturer yang lain. Insyaallah semuanya saya akan jadikan panduan sebagai persediaan saya nanti.

Harapan saya pada tahun 2012 ini merupakan tahun kebangkitan saya, saya akan mencuba yang terbaik untuk mengalas tanggungjawab ini dengan sebaiknya. Saya perlu bekerja keras dan berusaha untuk menjadi yang terbaik. Perlu sentiasa berdoa kepada allah dan bermuhasabah diri.

Bila saya check kembali gambar2 lama saya, terjumpa pula gambar saya ketika mula2 menyertai UiTM dahulu. Memang jauh berbeza daripada sekarang. Tapi semuanya sekadar perubahan luaran,tetapi dalaman masih lagi sama dan sedang cuba berubah untuk belajar dan sentiasa belajar.

Monday, December 27, 2010

MENJELANG TAHUN 2011

assalamualaikum...

Apa khabar semua?.lama betul saya tak menulis dalam blog ni, maklumlah dengan pelbagai tugas menjadikan masa sentiasa tidak mencukupi. Tak mengapa, saya baru sahaja selesai menulis untuk Research. Jam menunjukkan hampir 3:27 pagi. Sebelum melelapkan mata eloklah jika saya menulis sedikit dalam blog ini mengenai menjelang tahun 2011.

Tahun 2010, banyak betul perkara yang berlaku . Dari senyum, tawa dan tangis, semuanya memberikan sepenuh pengajaran yang amat bermakna dalam kehidupan. Tahun 2010 ini juga merupakan tahun dugaan kepada diri saya. Tetapi alhamdullilah semua dugaan itu dapat ditempuhi dengan berkat kesabaran dan doa yang tidak pernah putus. Tahun 2010 ini juga merupakan tahun yang mengukir banyak pengalaman yang manis dan kisah kejayaan yang sama sekali tidak terjangka dan tidak dirancang. Pendekata, hampir 70% perancangan tahun 2010 ini mencapai targetnya. Dan yang paling manis apabila saya berjaya "Develop" dan "Design" kursus fotografi Forensik dimana proses pembelajarannya akan bermula pada awal tahun hadapan. Surat perlantikan daripada fakulti sudah saya terima pagi tadi.

Jika ditanya apakah "target" tahun 2011 ini?. Secara jujurnya saya masih lagi belum merancang apa-apa. Sebab apa?. dalam beberapa hari sebelum berakhirnya bulan 12 ini dan menginjak tahun baru 2011, saya masih dalam mood cuti. Insyaallah dalah tempoh terdekat saya akan melakukan perancangan seperti kebiasaan yang saya lakukan setiap akhir tahun. Menulis, Merancang dan menampal di dinding Target tahun 2011 saya.

Menjelang tahun 2011 ini bermakna umur saya semakin bertambah. Sudah mencapai usia 31 tahun. Mungkin dengan peningkatan usia ini saya perlu mempersiapkan diri saya dengan kematangan. Matang penting dalam kehidupan seorang lelaki...hehe. Tetapi biarlah kematangan ini disulami dengan pemikiran yang terbuka dan janganlah dibiarkan ego yang menguasai diri. Ego merupakan penyakit jiwa yang amat berbahaya kerana jika tidak dibendung akan menjadi barah atau bom jangka yang boleh meletup. Tetapi ego perlu juga untuk memupuk sifat ketegasan dan daya kepimpinan. Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan kenyataan ini tetapi setiap manusia mempunyai pandangan dan pendapatnya yang tersendiri.Secara ringkasnya, hendak memuaskan hati semua orang memang susah, jadilah diri sendiri dan jangan sesekali hidup dibayangi oleh seseorang.

Mata semakin berat, Otak semakin penat, rasanya eloklah dilabuhkan badan ini untuk berehat. Insyaallah, saya sedaya upaya akan sentiasa mengemaskini Blog saya dari masa kesemasa. Seronok juga bila berjinak-jinak dalam dunia penulisan blog ini. Banyak rasanya boleh dikongsi dengan pembaca semua. Akhirkata hiasilah peribadi dan sentiasa berfikiran positif. Insyaallah kehidupan anda akan menjadi lebih tenang serta bermakna. Akhirkata salam sayang dari Nadzri Sharif untuk semua.

Wassalam
Seri Kelemak 3;41 Pagi

Friday, June 11, 2010

Lamanya tidak bersua...

Posing kat Rumah Org Kahwin..ambil aura sikit..hehe

Assalamualaikum...

Apa khabar semua?.. lama betul tak bersua kan?. memang sudah lama saya tidak menulis dalam blog ini. Cuma ambil masa sedikit untuk berehat sebentar..Banyak juga perkara yang ingin diceritakan kepada anda semua. Cuma nantilah..kerana saya baru saja balik dari Kuala Lumpur. Semalam merupakan hari lahir saya yang ke 30. Tidak ada sebarang sambutan ..cuma kesyukuran dipanjatkan kepada allah..sudah hampir menginjak ke 3 abad usia..tetapi peristiwa-peristiwa mahupun kenangan lepas tetap terpahat kukuh dalam ingatan. Macam baru semalam je berlaku.

Mungkin anda semua tertanya-tanya, apakah azam yang ingin saya capai dalam usia ini. Kalau nak jawab memang banyak hendak ditulis disini, tetapi saya lebih senang untuk tidak mengumumkan kepada umum, Bukannya apa..cuma risau kalau azam dan impian sempena usia 30 tahun ini tidak tercapai. Apa yang penting usaha dan semangat yang kuat untuk mencapai impian. Sokongan dari keluarga, orang tersayang ,rakan-rakan dan pelajar amatlah dihargai...tanpa sokongan anda semua siapalah Nadzri Sharif ini.

Mungkin selepas ini, gaya blog ini akan berubah, blog ini dijadikan sebagai satu cara untuk saya memberikan sepenuh ilmu saya dan membincangkan mengenai apa sahaja perkara yang melibatkan fotografi. Disamping itu saya akan sentiasa mengemaskini aktiviti terkini dan memberikan ulasan terhadap isu-isu terkini...Insyaallah semuanya akan bermula esok. Jadi kepada pembaca setia , sentiasalah menyinggah dan memberikan komentar yang bernas untuk memastikan agar blog ini mempunyai nilai nya yang tersendiri....

Akhir kata... Salam sayang dari saya kepada anda semua...wasalam