Tuesday, March 9, 2010

Pameran POP ART anjuran DADP6

Assalamualaikum w.b.t

Aku ingin mengambil kesempatan pada ruang blog ini untuk memaklumkan bahawa DADP6 dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Akademik ,FSSR dan Jabatan Fotografi UiTM Melaka akan menganjurkan Pameran hasil Karya POP ART yang akan diadakan bermula pada hari ini. Majlis Perasmian pameran ini akan berlangsung pada 11 Mac 2010 jam 2.30 petang di Perpustakaan UiTM Melaka.

Adalah diharapkan para pembaca dapat memeriahkan lagi majlis ini. Sekian terima kasih

Monday, March 8, 2010

Kerenah Pelajarku

Assalamualaikum...


























Apa khabar semua hari ini?..mudah2 han sihat sejahtera bersama orang yang tersayang..hehe. Alhamdullilah pada hari ini aku ingin bercerita mengenai kerenah student aku yang kadangkala menyakitkan dan mengelikan hati. Macam2 kerenah yang ditunjukkan oleh mereka. Memang betullah kata orang untuk mengendalikan manusia memang susah. Rambut sama hitam tetapi hati lain2.( Sekarang ni peribahasa ini mmg tak boleh guna..rambut dan boleh buat macam2 warna dah)..

Tapi pendekata, mendidik student ini merupakan satu tanggungjawab yang sangat besar. Satu tugas yang bukan mudah untuk dilaksanakan jika tanpa ilmu dan pengalaman yang mencukupi. Aku merasakan bahawa untuk mendidik pelajar juga memerlukan perhatian dan juga komitmen yang tinggi. Untuk menjadi seorang pensyarah bukan mudah, banyak yang perlu dilakukan pada satu2 masa seperti mengajar, mentadbir, membuat penyelidikkan mahupun menulis. Oleh itu sebagai seorang pensyarah perlu sabar melayani karenah yang pelbagai daripada student UiTM ini.

Macam biasalah, student biasanya datang lambat ke kelas akan dimarahi oleh aku. Alasan pula macam2 tapi aku tak ambil kesah sangat sebab kebanyakkan alasan yang diberikan sudah biasa aku dengar. Kalau nak hantar kerja pulak, kadang2 alasan yang diberikan sangat mengelikan hati, Pendrive Corrupt lah , PC meletuplah, ada masalah familylah dan sebagainya. Sebagai seorang yang pernah menjalani kehidupan sebagai student semasa belajar di UiTM Shah Alam dahulu, semua alasan itu adalah biasa...

Tetapi sebenarnya student ini merupakan kenangan yang tidak dapat dilupakan. Secara terus terang aku katakan, kadang2 aku merindui juga batch2 yang sudah lepas yang kini melanjutkan pengajian di Shah Alam mahupun yang sudah mula memasuki alam pekerjaan. Gelak tawa , susah senang dan gurau tetap terpahat di dalam hati. Itulah keseronokkan aku menjadi seorang pensyarah... Student tetap datang dan pergi..

Aku menerima kerenah student ini dengan penuh kesabaran, Mungkin satu masa nanti mereka boleh menjadi lebih baik dari aku..siapa yang tahu kan?. Tuah ayam nampak di kaki tetapi tuah manusia siapa yang tahu. Sebagai seorang pensyarah, aku sedaya upaya menunjukkan kepada student ku arah jalan dan tunjuk ajar dengan penuh keikhlasan.. selebihnya kemana arah untuk berjalan dan bagaimana cara untuk berjalan bergantung kepada student itu sendiri.. Apa pun aku sentiasa mendoakan kesejahteraan dan memohon kepada allah memudahkan urusan sepanjang mereka menjalani pengajian... Good Luck semua dari Pensyarah Jabatan Fotografi UiTM Melaka.














Sunday, March 7, 2010

UiTM Inspirasi Pembangunan Bumiputera


Assalamualaikum W.B.T

Sejak kebelakangan ini ada juga insan2 yang tidak bertanggungjawab menghina satu2nya institusi pengajian tinggi milik bumiputera iaitu UiTM. Sebagai salah seorang Graduan yang dilahirkan dari UiTM sudah semestinya merasa agak marah dan geram dengan individu tersebut. Walau bagaimanapun, aku ingin memberikan sedikit pandangan mengenai UiTM yang begitu banyak memberikan jasa kepadaku.

Semuanya bermula ketika aku ditawarkan memasuki kursus Diploma Fotografi Pengimejan Kreatif. Ketika itu pada mulanya aku tidak berminat untuk memasuki kursus tersebut. Tetapi kerana semangat untuk menyambung pengajian semakin kuat,akhirnya aku mengambil keputusan untuk menerima tawaran tersebut. Pada mulanya keluarga menarik muka juga kerana mereka bertanyakan kepadaku,apakah perkerjaan yang boleh dimasuki dengan menyertai kursus tersebut?. Kerana ingin mencuba sesuatu yang baru, akhirnya aku menerima juga. Yuran yang dikenakan pada aku ketika itu hanya bernilai RM 90.00 ( Mana ada Universiti didunia ini yang memberikan harga yuran tersebut?..UiTM SATU-SATUNYA). Kolej yang disediakan juga percuma dan apa yang lebih baik lagi makanan di dewan makan juga percuma . Sekaligus meringgankan beban ayahku yang baru sahaja bersara. Mana ada Universiti di dunia ini yang boleh memberi makanan dan penempatan secara Percuma?. UiTM SATU-SATUNYA.

Sepanjang 7 Tahun aku meneruskan pengajian, banyak benar jasa UiTM. Aku diberikan biasiswa dan diterima bertugas di UiTM Sebagai Pensyarah. Aku benar-benar bersyukur kerana UiTM telah memberikan aku ruang sedemikian. Memberikan aku peluang untuk belajar sehingga ke peringkat tertinggi . Dan memberikan aku suasana pekerjaan yang benar-benar selesa . Dari situ aku mempunyai semangat yang berkobar2. Sebagai seorang graduan yang sememangnya dilahirkan daripada UiTM ( tak kesahlah walaupun ada juga kawan2 aku secara sinis bercakap UiTM Dihatiku.... Apa aku kesah..memang betul pun) aku mempunyai tanggungjawab untuk bersama-sama mengembeling tenaga untuk membentuk anak-anak Melayu.

Aku menyangkal pandangan sesetengah pihak, Graduan UiTM tidak berkualiti. Jika kita melihat soal kualiti, lihat sahaja bagaimana UiTM berusaha membentuk pelajar yang mampu memenuhi permintaan Industri. Pelajar UiTM mampu memahami dan berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris dengan baik. Memperolehi pengetahuan di dalam penggunaan bahasa ketiga( Bahasa ketiga yang dimaksudkan seperti bahasa mandarin,Perancis, Jerman,Jepun dan lain-lain). Dan apa yang penting satu-satunya Universiti yang menekankan kepada latihan Industri. Jika kita melihat kepada pembangunan sahsiah pelajar untuk membentuk karisma dan kredibiliti mahasiswa. Bahagian HEP begitu serius memperkenalkan Modul Pembangunan Pelajar yang diwajibkan diikuti oleh seluruh pelajar UiTM. Bagi pelajar semestar akhir pula diberikan lagi pengetahuan untuk menghadapi dunia pekerjaan dengan memperkenalkan modul Finishing School. Apa yang tidak cukup lagi?... rasanya UiTM satu-satunya Universiti yang begitu serius untuk membangunkan pelajar agar menjadi bakal graduan yang diingini.

UiTM juga mempunyai antara prasarana yang terbaik. Lihat sahaja bagaimana teknologi ditekankan agar tidak ketinggalan zaman. Seperti contohnya Jabatan Fotografi UiTM Melaka mempunyai Studio Fotografi yang terbesar di Malaysia. Disamping itu dilengkapi teknologi yang moden serta ruang pembelajaran yang selesa. Jabatan Fotografi juga masih lagi mempunyai Makmal Hitam Putih. Jika anda tidak mempercayai semua kelengkapan ini dan studio ada di UiTM Melaka. Anda boleh datang sini dan melihat sendiri prasarana UiTM ini. Kalau nak cakap pasal makmal...lihat sahaja komputer MAC dan ruang editing suite sudah lama berada di UiTM. Memanglah kalau anda bercakap kolej swasta dah lama ada benda-benda ini. Tapi fikirkanlah berapa banyak wang yang anda laburkan untuk melanjutkan pengajian di situ..tetapi walaupun UiTM yuran tak mahal mana. tapi mampu menyediakan prasarana pada tahap yang terbaik.

Anda boleh melihat bagaimana keselesaan ruang2 kelas di UiTM. Terbinanya menara berkembar engineering di Shah Alam dan terbinanya kampus Puncak Alam.. Lihat sendiri bagaimana rekabentuk bangunan yang mengagumkan semuanya berada di UiTM.

Para pembaca sekelian, Sebenarnya semua IPTA mahupun IPTS mempunyai matlamat yang sama. Semuanya bersaing secara sihat untuk menjadi Institusi pengajian tinggi yang terbaik. Semuanya bergantung kepada pelajar itu sendiri. Walau kita disediakan pensyarah yang hebat, prasarana yang baik mahupun kursus yang terkenal. Tetapi semuanya atas diri pelajar itu sendiri. Apa yang penting UiTM begitu berjasa dan mempunyai komitmen yang tinggi bagi bersama-sama membantu melahirkan anak bumiputera yang mampu bersaing ke peringkat global. Kerana UiTM lah lahirlah usahawan yang berjaya, kerana UiTM juga melahirkan cendiakiawan yang bijak pandai dan kerana UiTM jugalah ada profesional dari pelbagai bidang. Jadi ingatlah sebelum anda mengutuk atau mengecilkan UiTM sila fikirkan dua tiga kali... UiTM INSPIRASI PEMBANGUNAN BUMIPUTERA.