Sunday, March 7, 2010

UiTM Inspirasi Pembangunan Bumiputera


Assalamualaikum W.B.T

Sejak kebelakangan ini ada juga insan2 yang tidak bertanggungjawab menghina satu2nya institusi pengajian tinggi milik bumiputera iaitu UiTM. Sebagai salah seorang Graduan yang dilahirkan dari UiTM sudah semestinya merasa agak marah dan geram dengan individu tersebut. Walau bagaimanapun, aku ingin memberikan sedikit pandangan mengenai UiTM yang begitu banyak memberikan jasa kepadaku.

Semuanya bermula ketika aku ditawarkan memasuki kursus Diploma Fotografi Pengimejan Kreatif. Ketika itu pada mulanya aku tidak berminat untuk memasuki kursus tersebut. Tetapi kerana semangat untuk menyambung pengajian semakin kuat,akhirnya aku mengambil keputusan untuk menerima tawaran tersebut. Pada mulanya keluarga menarik muka juga kerana mereka bertanyakan kepadaku,apakah perkerjaan yang boleh dimasuki dengan menyertai kursus tersebut?. Kerana ingin mencuba sesuatu yang baru, akhirnya aku menerima juga. Yuran yang dikenakan pada aku ketika itu hanya bernilai RM 90.00 ( Mana ada Universiti didunia ini yang memberikan harga yuran tersebut?..UiTM SATU-SATUNYA). Kolej yang disediakan juga percuma dan apa yang lebih baik lagi makanan di dewan makan juga percuma . Sekaligus meringgankan beban ayahku yang baru sahaja bersara. Mana ada Universiti di dunia ini yang boleh memberi makanan dan penempatan secara Percuma?. UiTM SATU-SATUNYA.

Sepanjang 7 Tahun aku meneruskan pengajian, banyak benar jasa UiTM. Aku diberikan biasiswa dan diterima bertugas di UiTM Sebagai Pensyarah. Aku benar-benar bersyukur kerana UiTM telah memberikan aku ruang sedemikian. Memberikan aku peluang untuk belajar sehingga ke peringkat tertinggi . Dan memberikan aku suasana pekerjaan yang benar-benar selesa . Dari situ aku mempunyai semangat yang berkobar2. Sebagai seorang graduan yang sememangnya dilahirkan daripada UiTM ( tak kesahlah walaupun ada juga kawan2 aku secara sinis bercakap UiTM Dihatiku.... Apa aku kesah..memang betul pun) aku mempunyai tanggungjawab untuk bersama-sama mengembeling tenaga untuk membentuk anak-anak Melayu.

Aku menyangkal pandangan sesetengah pihak, Graduan UiTM tidak berkualiti. Jika kita melihat soal kualiti, lihat sahaja bagaimana UiTM berusaha membentuk pelajar yang mampu memenuhi permintaan Industri. Pelajar UiTM mampu memahami dan berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris dengan baik. Memperolehi pengetahuan di dalam penggunaan bahasa ketiga( Bahasa ketiga yang dimaksudkan seperti bahasa mandarin,Perancis, Jerman,Jepun dan lain-lain). Dan apa yang penting satu-satunya Universiti yang menekankan kepada latihan Industri. Jika kita melihat kepada pembangunan sahsiah pelajar untuk membentuk karisma dan kredibiliti mahasiswa. Bahagian HEP begitu serius memperkenalkan Modul Pembangunan Pelajar yang diwajibkan diikuti oleh seluruh pelajar UiTM. Bagi pelajar semestar akhir pula diberikan lagi pengetahuan untuk menghadapi dunia pekerjaan dengan memperkenalkan modul Finishing School. Apa yang tidak cukup lagi?... rasanya UiTM satu-satunya Universiti yang begitu serius untuk membangunkan pelajar agar menjadi bakal graduan yang diingini.

UiTM juga mempunyai antara prasarana yang terbaik. Lihat sahaja bagaimana teknologi ditekankan agar tidak ketinggalan zaman. Seperti contohnya Jabatan Fotografi UiTM Melaka mempunyai Studio Fotografi yang terbesar di Malaysia. Disamping itu dilengkapi teknologi yang moden serta ruang pembelajaran yang selesa. Jabatan Fotografi juga masih lagi mempunyai Makmal Hitam Putih. Jika anda tidak mempercayai semua kelengkapan ini dan studio ada di UiTM Melaka. Anda boleh datang sini dan melihat sendiri prasarana UiTM ini. Kalau nak cakap pasal makmal...lihat sahaja komputer MAC dan ruang editing suite sudah lama berada di UiTM. Memanglah kalau anda bercakap kolej swasta dah lama ada benda-benda ini. Tapi fikirkanlah berapa banyak wang yang anda laburkan untuk melanjutkan pengajian di situ..tetapi walaupun UiTM yuran tak mahal mana. tapi mampu menyediakan prasarana pada tahap yang terbaik.

Anda boleh melihat bagaimana keselesaan ruang2 kelas di UiTM. Terbinanya menara berkembar engineering di Shah Alam dan terbinanya kampus Puncak Alam.. Lihat sendiri bagaimana rekabentuk bangunan yang mengagumkan semuanya berada di UiTM.

Para pembaca sekelian, Sebenarnya semua IPTA mahupun IPTS mempunyai matlamat yang sama. Semuanya bersaing secara sihat untuk menjadi Institusi pengajian tinggi yang terbaik. Semuanya bergantung kepada pelajar itu sendiri. Walau kita disediakan pensyarah yang hebat, prasarana yang baik mahupun kursus yang terkenal. Tetapi semuanya atas diri pelajar itu sendiri. Apa yang penting UiTM begitu berjasa dan mempunyai komitmen yang tinggi bagi bersama-sama membantu melahirkan anak bumiputera yang mampu bersaing ke peringkat global. Kerana UiTM lah lahirlah usahawan yang berjaya, kerana UiTM juga melahirkan cendiakiawan yang bijak pandai dan kerana UiTM jugalah ada profesional dari pelbagai bidang. Jadi ingatlah sebelum anda mengutuk atau mengecilkan UiTM sila fikirkan dua tiga kali... UiTM INSPIRASI PEMBANGUNAN BUMIPUTERA.

1 comment:

adieibrahim said...

saya amat terharu bila membaca artikel ini..dan semangat saya berasa terkobar2 bila membacanya,uitm mmg sentiasa dihatiku, akan saya menaikkn martabat orng melayu pada masa hadapan khususnya pada jabatan fotografi uitm