Monday, March 8, 2010

Kerenah Pelajarku

Assalamualaikum...


























Apa khabar semua hari ini?..mudah2 han sihat sejahtera bersama orang yang tersayang..hehe. Alhamdullilah pada hari ini aku ingin bercerita mengenai kerenah student aku yang kadangkala menyakitkan dan mengelikan hati. Macam2 kerenah yang ditunjukkan oleh mereka. Memang betullah kata orang untuk mengendalikan manusia memang susah. Rambut sama hitam tetapi hati lain2.( Sekarang ni peribahasa ini mmg tak boleh guna..rambut dan boleh buat macam2 warna dah)..

Tapi pendekata, mendidik student ini merupakan satu tanggungjawab yang sangat besar. Satu tugas yang bukan mudah untuk dilaksanakan jika tanpa ilmu dan pengalaman yang mencukupi. Aku merasakan bahawa untuk mendidik pelajar juga memerlukan perhatian dan juga komitmen yang tinggi. Untuk menjadi seorang pensyarah bukan mudah, banyak yang perlu dilakukan pada satu2 masa seperti mengajar, mentadbir, membuat penyelidikkan mahupun menulis. Oleh itu sebagai seorang pensyarah perlu sabar melayani karenah yang pelbagai daripada student UiTM ini.

Macam biasalah, student biasanya datang lambat ke kelas akan dimarahi oleh aku. Alasan pula macam2 tapi aku tak ambil kesah sangat sebab kebanyakkan alasan yang diberikan sudah biasa aku dengar. Kalau nak hantar kerja pulak, kadang2 alasan yang diberikan sangat mengelikan hati, Pendrive Corrupt lah , PC meletuplah, ada masalah familylah dan sebagainya. Sebagai seorang yang pernah menjalani kehidupan sebagai student semasa belajar di UiTM Shah Alam dahulu, semua alasan itu adalah biasa...

Tetapi sebenarnya student ini merupakan kenangan yang tidak dapat dilupakan. Secara terus terang aku katakan, kadang2 aku merindui juga batch2 yang sudah lepas yang kini melanjutkan pengajian di Shah Alam mahupun yang sudah mula memasuki alam pekerjaan. Gelak tawa , susah senang dan gurau tetap terpahat di dalam hati. Itulah keseronokkan aku menjadi seorang pensyarah... Student tetap datang dan pergi..

Aku menerima kerenah student ini dengan penuh kesabaran, Mungkin satu masa nanti mereka boleh menjadi lebih baik dari aku..siapa yang tahu kan?. Tuah ayam nampak di kaki tetapi tuah manusia siapa yang tahu. Sebagai seorang pensyarah, aku sedaya upaya menunjukkan kepada student ku arah jalan dan tunjuk ajar dengan penuh keikhlasan.. selebihnya kemana arah untuk berjalan dan bagaimana cara untuk berjalan bergantung kepada student itu sendiri.. Apa pun aku sentiasa mendoakan kesejahteraan dan memohon kepada allah memudahkan urusan sepanjang mereka menjalani pengajian... Good Luck semua dari Pensyarah Jabatan Fotografi UiTM Melaka.














1 comment:

adieibrahim said...

askum..
heheh pasal pc meletup tu mcm saya je..
anyways, thanks en nadzri dan tenaga pengajar uitm mlk kerana tiadanya didikan, keikhlasan, memberi tunjuk ajar yg diberikn tak sampai saya disini, diperingkat ini..
thanks kerana mendoakan kebaikan kami, akan saya kenang sehingga akhir hayat saya didikan yg diberikn,tenaga pengajar photo uitm mlk.