Monday, January 23, 2012

Perjalananku Sebagai Seorang Pensyarah

Assalamualaikum W.B.T

Sedar tak sedar tahun 2012 kini mengantikan 2011. Rasanya masih belum terlambat lagi ingin mengucapkan Salam Tahun 2012 kepada semua. Saya sendiri pun tak sedar bahawa sudah hampir 1 tahun saya meninggalkan penulisan blog ini. Rasanya macam terlalu lama tidak menulis. Dalam tempoh setahun ini pelbagai perkara yang sudah berlaku. dari sedih kepada tawa semuanya akan terpahat dalam memori. Harapan saya tahun 2012 ini adalah sebagai tahun kebangkitan saya. Pelbagai perancangan telah dibuat memenuhi jadual saya pada tahun ini. Salah satu daripadanya adalah untuk aktif dalam penulisan blog. Insyaallah bermula tahun ini saya akan menulis pelbagai info,tips dan berkongsi kepakaran saya dalam bidang fotografi dan forensik fotografi. Dengan sokongan semua followers yang ada, insyaallah semuanya membakar semangat saya untuk sentiasa mengemaskini blog saya ini.



Sebenarnya pada entry kali ini saya ingin berkongsi kepada semua berkenaan perjalanan kerjaya saya sebagai seorang pensyarah. Kenapa saya ingin berkongsi kepada anda semua?. Secara tidak sedar secara rasminya pada 8 Februari 2012 sudah genap 5 tahun saya mencurahkan bakti sebagai seorang Pensyarah di UiTM. Tempatnya masih di UITM Cawangan Melaka. Bukan mudah sebenarnya saya ingin membiasakan diri dan sama-sama bersaing dalam kerjaya ini. Semuanya memerlukan tuntutan lebih usaha, memerlukan kesabaran yang tinggi, komited dan perlu menguruskan masa dengan sebaiknya. Kerjaya ini tidak semudah seperti yang disangka, kerana ramai diluar sana beranggapan kerjaya sebagai seorang pensyarah ini hanya memberikan kuliah, memeriksa assigment pelajar dan memberikan konsultansi. Sebenarnya ianya lebih dari tu. Tidak ramai yang mengetahui kerjaya sebagai seorang Pensyarah perlu untuk melaksanakan penyelidikan, menulis buku, membentang kertas kerja,konsultansi, jaringan industri, pembinaan inovasi dan melaksanakan khidmat masyarakat. Sememangnya jika dilihat kepada beban tugas ini , semua akan terkejut. Ini bermakna menjadi seorang pensyarah bukan sahaja memerlukan anda mempunyai sijil sarjana sahaja, tetapi kemampuan fizikal dan mental menjadi syarat utama.

Alhamdulillah, selama 5 tahun ini, saya sudah boleh membiasakan diri dengan kerjaya ini. Kesibukan memang tidak dapat dielakkan. Tetapi saya mampu tersenyum puas kerana apa yang dirancang selama ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Saya memang benar-benar lega apabila buku hasil tulisan bersama saya dengan Y.Bhg Datuk Prof Madya Dr Mizan b HJ HItam yang bertajuk " PEMBANGUNAN MELAKA MERENTASI ABAD: WARISAN DARI KESULTANAN MELAYU MELAKA KE MENARA TAMINGSARI" sudah berjaya disiapkan dan diserahkan dengan pihak Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kini saya sedang menumpukan penulisan buku yang seterusnya iaitu mengumpulkan gambar masjid-masjid melaka dan menulis buku tips mudah belajar fotografi dalam bahasa melayu. Disamping itu saya sedang mengemaskini nota-nota fotografi forensik yang akan dibukukan.

Dalam bidang akademik pula, saya berasa cukup puas apabila subjek Fotografi Forensik (PCT556) telah berjaya di adakan dan menjadi salah satu subjek dalam Sarjana Muda Fotografi Pengimejan Kreatif (AD227). Subjek ini telah dilaksanakan dan mendapat respond yang baik dari pelajar. Saya kini sedang sibuk menyiapkan dan megkoordinasi silibus Sarjana Muda Photojournalism yang akan ditawarkan di UiTM Cawangan Melaka yang dijangkakan akan berlaku pada bulan Mac 2013. Saya juga sudah menyiapkan silibus Minor Fotografi Forensik yang akan ditawarkan bersama dengan silibus baru ini. Sememangnya ianya menjadi satu kepuasan dalam kerjaya saya apabila melihat hasil penat lelah dan usaha telah membuahkan hasil. Memang penat, tetapi semuanya telah terubat.

Bercakap dalam soal politik kerja pula, macam biasalah, mana ada tempat yang tidak mempunyai politiknya. Cuma saya perlu sentiasa menjaga diri saya. Tahun 2011 paling banyak dugaan yang berlaku dalam hidup saya. Ketika saya sedang struggle merancang salah satu program besar UiTM ( Tidak perlu saya sebutkan program apa), ayah saya dimasukkan ke dalam wad kerana penyakit jantung. Mujurlah saya mempunyai rakan-rakan yang sentiasa menyokong saya . Tapi dalam sokongan tersebut, ada pula yang mencari jalan menyalahkan saya dalam banyak perkara sehingga mempersoalkan keikhlasan saya memberikan ucapan terima kasih menjadi isu yang tidak sepatutnya berlaku. Saya benar-benar hairan, bagaimana orang yang saya rasakan mempunyai akademik yang tinggi berfikiran sedemikian(Tidak matang dan hanya menurut emosi). Mempersoalkan kredibiliti dan keikhlasan saya sedangkan semuanya adalah kerja allah. Ikhlas atau tidak hanya allah sahaja maha mengetahui. Memang benar kata orang, buat baik berpada-pada, jangan lah percaya sepenuhya pada mereka yang bermulut manis. Hendaklah sentiasa meneliti kerja dari masa ke semasa. Kesan dari masalah ini saya akui,saya agak terjejas sedikit emosi saya, tetapi semuanya dapat diatasi hasil daripada sifat sabar.Banyak perkara telah saya pelajari sekiranya satu masa nanti saya akan menjadi seorang ketua. Membuat pertimbangkan bukan dari emosi, tetapi dari akan fikiran. Semakin tinggi kedudukan , semakin tunduk beisi, sentiasa bermuhasabah diri.

Jika hendak berkongsi misi untuk tahun ini,Insyallah , pada tahun ini saya akan memulakan pengajian peringkat Doktor Falsafah dalam bidang visual forensik. Tempat belum ditetapkan lagi, tetapi saya sudah menyertai interview yang dilaksanakan di FSSR UiTM Shah Alam baru-baru ini. Banyak maklumbalas yang saya telah terima dari senior lecturer yang lain. Insyaallah semuanya saya akan jadikan panduan sebagai persediaan saya nanti.

Harapan saya pada tahun 2012 ini merupakan tahun kebangkitan saya, saya akan mencuba yang terbaik untuk mengalas tanggungjawab ini dengan sebaiknya. Saya perlu bekerja keras dan berusaha untuk menjadi yang terbaik. Perlu sentiasa berdoa kepada allah dan bermuhasabah diri.

Bila saya check kembali gambar2 lama saya, terjumpa pula gambar saya ketika mula2 menyertai UiTM dahulu. Memang jauh berbeza daripada sekarang. Tapi semuanya sekadar perubahan luaran,tetapi dalaman masih lagi sama dan sedang cuba berubah untuk belajar dan sentiasa belajar.

5 comments:

aBoi said...

I know how busy a lecturer is.. my boss didn't even have a time to mark the student's test paper.. hehe

cahayabulan said...

maaf..saya nak tanya sikit...saya mendapat tawaran uitm dlm kepujian kimia analisis forensik...pada pendapat tuan..apa skop kerjaya tuk ijazah ini...malah setahu saya mostly forensik from doktor perubatan..peluang saya tuk jadi pakar forensik bolehkah sekiranya saya mengambil kos tersebut?? harap sgt respon segera...dlm dilemma

Nadzri Sharif Elegant Infiniti Resources said...

Assalam...Bidang forensik sebenarnya bukan dari bidang perubatan sahaja,tetapi ia sudah semakin berkembang. Di dalam kursus yang ditawarkan kepada saudara/saudari lebih banyak kepada analisis kimia yang membantu proses penyiasatan. Pandangan saya, bidang forensik tidak ramai orang yang memahami dan terlibat sepenuhnya. Peluang pekerjaan lebih cerah.Saya menyokong sekiranya pihak saudara/saudari mengambil kursus tersebut.

Kolej Perindu Nostalgia said...

AsSalam tuan Nadz, saya sedang mencari seorang moderator fotografi forensik selama hampir 2 tahun... Tugasan saya memang ada perkaitan dengan daily life of investigator, cuma nak mencari the right person at the right time tu belum berjumpa... Saya ada melihat satu ruangan berkaitan foto forensik yang dianjurkan oleh sebuah agensi terkenal di malaysia dan moderatornya adalah tuan amidon anan, ex-police forensik... Dia adalah seorang yang sangat berpengalaman dalam bidang forensik... Beliau adalah pensyarah jemputan di salah sebuah universiti tanahair kita... Cuma saya merasakan tuan Nadz adalah calon yang sesuai untuk saya jemput sebagai moderator kursus yang dalam perancangan tahunan akan datang ini coz there is a chemistry will be develop for both of us later... I've told my wife tentang hal ini dan dia amat bersetuju untuk further discussion dengan tuan Nadz later...

Dr. Nadzri Hj. Mohd Sharif said...

Kolej Perindu Nostalgia..Terima kasih atas respond tuan. Insyaallah..satu kerjasama dan perkongsian ilmu boleh dilakukan. Saya amat berbesar hati.